Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) [27 Julai 2015]


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Melalui 47 buah cawangan di seluruh Negara dan sebuah Pusat Rehablitasi di Melaka, PERKESO sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan melalui maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik antara majikan dan pekerja selaras dengan visi PERKESO selaku Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang Menjelang 2020. Warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing adalah dijemput untuk menyertai kami sebagai :

  1. Pegawai Perubatan Gred 27
  2. Pegawai Perubatan Gred 26
  3. Pengurus Kes Gred 24
  4. Pengurus Kes Gred 23
  5. Pegawai Jurupulih Anggota Gred 23
  6. Pegawai Jurupulih Kerja Gred 23
  7. Pegawai Pengurusan Gred 23
  8. Jururawat Gred 23
  9. Pegawai Juruteknik Perubatan Gred 23
  10. Pegawai Eksekutif Gred 19
  11. Penolong Jurupulih Gred 12
  12. Juruteknik Perubatan Gred 12