Institut Sukan Negara (ISN) [26 Disember 2016]

Institut Sukan Negara (ISN) adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan terhadap peningkatan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN kerana kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia adalah melalui penerapan elemen sains sukan dan perubatan sukan yang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah menjadi seorang atlet bertaraf dunia. ISN dengan ini mempelawa pemohon-pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Institut Sukan Negara :-

  1. Pegawai Perubatan (Pakar Perubatan Sukan) UD47/UD48, UD53/UD54
  2. Jururawat U29
  3. Penolong Pegawai Perubatan U29
  4. Penolong Pegawai Farmasi U29
  5. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  6. Pembantu Belia dan Sukan (Juru Urut) S19